Tuesday 17 January 2017

NEVER STOP SMILE, BECAUSE ALLAH KNOW THE BEST!

Tanda-tanda Allah Sayang:
1. DIBERIKAN KESEDIHAN
-Dengan kesedihan itu kita akan sering menyebut nama-Nya.

2. DIBERIKAN KESAKITAN
-Dengan kesakitan itu kita akan sentiasa memohon kesembuhan dari Nya.

3. DIBERIKAN KEHILANGAN
-Dengan kehilangan itu kita meminta yang terbaik dari Nya.

4. DIBERIKAN KESUSAHAN
-Dengan kesusahan itu kita akan menjadi redha.

5. DIBERIKAN PENDERITAAN
-Kerana hanya jiwa yang menderita akan selalu dekat pada Nya.

6. DIBERIKAN KEMISKINAN
-Kerana Allah mahu kita meminta kepada Nya.

7. DIBERIKAN KEHINAAN
-Kerana Allah mahu kita mohon kemuliaan dari Nya.

OLEH ITU...JANGAN TERLALU BANYAK KETAWA. KERANA ALLAH AKAN JAUH DARI KITA. DAN TETAPLAH UKIR SENYUMAN DIWAJAHMU SERTA SYUKUR ALHAMDULILLAH.

Tuesday 29 April 2014

#fighting

Bismihi Taala, Assalamualaikum warahmatullah kefahalukum? :P Awalan, kehadapan kamu yang tengah membaca entry ni, diharap kamu didalam keadaan bersyukur atas nikmat Allah yang memberi keizinan untuk kamu menclick, melihat, membaca, dan nikmat islam, iman dan sihat kamu, dan semoga kamu diantara satu dari mereka yang sedang berzikir didalam hatinya. InsyaAllah.

Senja berganti subuh, hari berganti minggu, minggu berganti bulan. Jamadil Sani akan berganti Rejab. Huuhh, rasa macam baru minggu lepas aku mula terkial-kial nak pergi sekolah, tiba-tiba dah mention final exam soon, good luck! kamil kitab, soh?! Akhof, kef! riuh dalam kelas aku tu bila ustazah buka topic next class. "InsyaAllah kher..." ayat tawakkal atau cover cool.

 Peperiksaan itu amanah, imtihan tempat untuk kita menguji sama ada kita telah menunaikan amanah kita terhadap ibu bapa atau tidak. -Hilal Asyraf

dan kita harus usaha melaksanakan amanah sebaiknya. Kalau baca teori selevel aku ni, we're popular dengan perangai last minute, kadang-kadang memang menjadi kerja last minute ni, tiba waktu tak menjadi, menyesal tiada guna lagi. Buat final exam, aku akan cuba study awal waktu demi membanggakan Umi Abah serta rakyat Malaysia keseluruhannya.
Dan tak sabar nak tunggu tarikh confirm cuti, then cuti-cuti malaysialah kita. 


Imam al-Thabrani meriwayatkan daripada Anas bin Malik, apabila tibanya bulan Rejab, Baginda mendoakan: 
“Ya Allah, berkatilah hidup kami di bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikan (hayat) kami kepada bulan Ramadan.”

Rejab soon.. Banyak yang kita kena refresh atau restart atau topup amalan harian dalam bulan akan datang ni, (Perelokkan Taubat-istighfar-puasa-dan amalan lainnya) rejab diantara bulan terpenting bagi umat Islam. Rejab a.k.a bulan Allah. Ulangkaji peristiwa Isra' Mikraj (27rejab) dan ambil pengajaran. Perbanyakkan amal soleh, selazimnya dan lebih tawajjuh. InsyaAllah, kita semua bakal bertemu malam lailatul-qadr. Amin.


Buat kamu Umat kecintaan Rasulullah s.a.w.
penghubung ilmu dan amal
Muhasabah cacian, titian menimbah iman
Menjadi asbab hembusan indah nur hidayah
Bersemilah kasih Ahli langit bersamamu kerana Raja langit mengasihimu

photo by: abbasphotos