Wednesday 1 February 2012

To be a Princess

Jadilah wanita yang sebenar-benarnya wanita. Walaupun ujiannya sangat besar pada akhir zaman ini.
Jika kamu wanita yang tidak berapa cantik dan kamu terasa kamu tidak menjadi tumpuan. Kemudian kamu merasakan ada sedikit kecemburuan dalam hati apabila melihat wanita lain menjadi rebutan padahal kamu tidak.

Take a note,
"bersyukurlah dan bergembiralah"

Kerana, apalah gunanya seorang wanita menjadi idaman banyak lelaki sedangkan dia hanya akan menjadi milik seorang lelaki sahaja. Seorang wanita sepatutnya tidak akan merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan akan merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah seorang wanita ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati.Berbahagialah jika kamu tidak menjadi tumpuan. Berbahagialah jika kamu tidak menjadi sebutan para pemuda.

"Apa yang tak ada dalam syurga sehingga Adam inginkan Hawa"
Penciptaan wanita ini tidak sia-sia, Allah s.w.t menciptakan sesuatu, ada rahsia yang tersembunyi, ada hikmah dan ada kebaikannya.

Rasulullah s.a.w bersabda :
"Berlaku baiklah terhadap kaum wanita lantaran mereka diciptakan dari tulang rusuk dan tulang rusuk yang paling bengkok adalah bahagian yang teratas,jika kamu cuba untuk meluruskannya kamu akan mematahkannya dan jika kamu membiarkannya ia akan tetap bengkok,maka berlakulah baik pada wanita."
(Al-Bukhary dan muslim)

Wanita. Hiasi dirimu dengan bunga-bunga keimanan. Teguhkan akarnya dengan ilmu. Jadikan akhlak baikmu seperti dedaun merimbun yang meneduhkan jiwa-jiwa insan yang berdekatan.
Wanita. Sungguh kamu perlu kembali kepada ilmu. Ilmu yang hakiki yang menunjuk jalan kebenaran. Yang akan memimpinmu kepada ketenangan.

Carilah ilmu, bagaimana seharusnya mentaati Allah s.w.t.
Carilah ilmu, bagaimana seharusnya mentaati suami kerana Allah s.w.t.
Carilah ilmu, bagaimana menanamkan keimanan ke dalam hati-hati zuriatmu.
Dan carilah kekuatan ketenanganmu hanya pada Yang Esa.