Wednesday 8 August 2012

Laylatul Qadr starts this night, right?


Alhamdulillah, Allah pilih kita, Allah pilih kita dan Allah masih beri kita peluang mengharungi detik-detik lingkungan Lailatul Qadar Alhamdulillah Alhamdulillah, ini adalah nikmat terbesar dan semoga kita semua diberi kekuatan untuk terus berbuat baik dan baik dan dipilih juga untuk bertemu Malam yang dinanti-nanti dan dicari. Aminn YaRabbal'alamin. Dalam percaya tak percaya malam ni terawih yang ke20. Nak tak nak, kena nak. Redha tak Redha, kena Redha. Menjelangnya fasa Lailatul Qadar ini menunjukkan Ramadhan akan berakhir. Mereka yang dikubur akan kembali dengan azabnya, pintu neraka dibuka kembali, syaitan dilepaskan dari belenggunya. Sebak dihati hanya Allah yang tahu, tapi adakah kita manfaatkan sebaiknya sepanjang bulan Ramadhan kali ini, muhasabah bersama.

Malam Lailatul Qadar adalah berurusan dengan hati, hati yang kotor akan lemah dan payah untuk jasmani berjaga ditengah larut malam, beramal ibadat. Malam Lailatul Qadar tak bermakna hanya malam, kita perlu persiapkan rohani kita dari awal pagi lagi, perbanyakkan istighfar dan membersihkan hati, supaya menjelang malam, rohani dan jasmani dapat bekerjasama menanti rombongan Malaikat dari langit dengan beribadat dengan penuh khusyu.

Bagaimanakah rupa hati kita sekarang ni agaknya. Allah...


Malam Al Qadar itu umpama sebuah “kapal terbang” yang memerlukan landasan yang selamat dan cukup panjang untuk mendarat. Jika landasannya pendek dan terhalang, kapal terbang tidak akan mendarat. Landasan Lailatul Qadar ialah hati yang bersih. Mana mungkin malaikat yang bersih dan suci itu boleh berdamping dengan orang yang hatinya masih kotor dengan sifat mazmumah apatah lagi kalau ada saki-baki syirik? Dan mana mungkin hati yang kotor dapat dibersihkan hanya dalam jangka masa satu malam?

Hati mesti dibersihkan sejak akil baligh hinggalah akhir hayat. Bersihnya hati itu, mencerahkan peluang kita untuk bertemu malam Al Qadar. Sebaliknya, jika hati dibiarkan kotor, dan hanya berangan-angan untuk bertemu dengan malam itu dengan “tekaan” dan “ramalan” sahaja, insya-Allah, kita tidak akan dapat menemuinya. Allah :(

Bagaimanakah dengan jiwa kita? Mungkinkah ibadah yang kita usahakan selama ini daripada satu Ramadan ke satu Ramadan belum menghasilkan jiwa sempurna atau suci bagi membolehkan didatangi oleh malaikat? Jika tahun ini kita tingkatkan lagi ibadah, seterusnya ditingkatkan tahun demi tahun, tidak mustahil satu ketika nanti kita akan didatangi malaikat pada malam Al Qadar. InsyaAllah Amin.

Jadi, mulai bilakah perlu mempersiapkan diri supaya menjadi orang yang layak menerima Lailatul Qadar? Jawapannya ialah sejak kecil lagi. Nabi s.a.w mempersiapkan diri, roh dan jiwanya sebelum menerima wahyu daripada Allah s.w.t sejak daripada kecil. Baginda tidak pernah berbuat dosa pada ketika orang lain banyak berbuat maksiat. Oleh sebab itu baginda digelar Al-Amin (yang terpercaya) sejak sebelum dilantik menjadi rasul lagi. 

Sekiranya kita tidak mendapat Lailatul Qadar, ibadah yang dilakukan bersungguh-sungguh masih tidak sia-sia. Teringat kata Imam Hasan Al Basri:
“Jadilah kamu hamba Allah (yang beribadah sepanjang masa, tempat dan suasana), jangan menjadi hamba Ramadhan (yang hanya tekun beribadah di bulan Ramadhan sahaja)."


Tegasnya, Lailatul Qadar itu dinanti dan dicari dengan momentum ibadah yang telah dimulakan sejak akil baligh lagi – hati terus terusan dibersihkan, hingga tiba saatnya layak menjadi wadah tempat bertamunya para malaikat. Hingga dengan itu bisikan baik akan sentiasa mengatasi bisikan jahat, dan perangai pun berubah menjadi baik selama-lamanya.

Jadilah hamba yang mencari malam Al-Qadar, bukan yang hanya menantinya! 

Dear you (who read this),
Mohon maaf dari saya atas segala kesalahan, doakan saya dan maafkan saya. Salam Lailatul Qadar, semoga kita semua diberkati atas usaha yang sedang kita usahakan Amin.
Sincerely from full of sin,
me.

Inspired by: Ustaz Pahrol Mohd Juoi

Monday 6 August 2012

استغفر الله


Ber'istighfar'lah pada setiap pekerjaan kamu. Sentiasa sentiasa sentiasalah bertaubat/ber'istighfar. Jangan sekali-kali berputus asa. Allah mengasihi orang-orang yang rujuk kembali/bertaubat kepadaNya. Sedang memasak dll, meminta ampunlah/istighfar. Apa sahaja yang kamu lakukan, cuba membuat tabiat untuk selalu memohon ampun pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja sebab kamu takkan pernah tahu bila Allah akan menerima istighfar kamu. Sebutlah Astaghfirullahalazim Astaghfirullahalazim Astaghfirullahalazim dengan ikhlas dan sebanyak-banyaknya. Kami tahu dosa-dosa kami sangat besar YaAllah tetapi rahmatMu sememangnya lagi besar. Ampunilah kami dengan rahmatMu YaAllah Amin YaAllah.

Benarlah, Allah telah memberi banyak peluang untuk hamba-hambaNya yang banyak dosa ini untuk Berdoa kepadaNya & meminta pengampunanNya. Tapi kami malas, lalai, lupa, alpa..Astaghfirullah! Tidak sanggup kami merana di dalam api nerakaMu YaAllah :(
YaAllah..Ringankanlah tangan hamba-hambaMu yang jijit ini untuk Berdoa. Mengapa perlu kami bangga diri, siapalah kami tanpaMu YaRabbi. Kami lemah, kami jahil, kami zalim, kami perlukan pengampunanMu YaGhaffar. Terimalah Taubat kami. Jadikanlah ia Taubatan Nasuha Astaghfirullahalazim Astaghfirullahalazim Astaghfirullahalazim Astaghfirullahalazim

YOULoveToForgiveSoPleaseForgiveUsYaALLAHYaRAHIM

Friday 3 August 2012

What Is Stopping Us?


Kita semua sebagai orang islam mesti pernah rasa, pernah terlintas difikiran, pernah terdetik dihati “I want to be a better Muslim” tapi kita tetap sama. Tak pernah berubah untuk jadi lebih baik. Apa yang menghalang kita? Apa yang kita tunggu? Nafsu, syaitan, dunia, betul. Tu semua yang buat kita tak berubah-berubah. Tapi sampai bila kita nak kalah kan, sampai bila-bila pun kita takkan capai cita-cita kita untuk jadi yang terbaik. Jika bila kita dah ada kemahuan kearah 'ingin' menjadi seorang Muslim yang lebih baik, let's do it now! Fighting!

Ini hanya satu cadangan dan perkongsian untuk kita lebih bersemangat/bersungguh-sungguh untuk istiqamah dan berubah, insyaAllah! Lawan nafsu, didik nafsu, hati pun turut bersih:)
Beli buku khas, hiaskan, balut, bagi nampak cantik dan buat satu senarai apa yang kita mahu kepada perubahan. Pilih 1/2/3 setiap bulan. Ikut kemampuan masing-masing. Pilihlah mana-mana amalan harian yang ringkas dan menyeronokkan. Pilih dan cuba cuba cuba sedaya upaya untuk istiqamah. 

Contoh macam:
Solat tahajjud // Solat dhuha // Doa masuk keluar toilet // Doa lepas wudhu // Iqamat sebelum solat // Solat sunat rawatib ( rawatib subuh je ke, zuhur je, asar je ke or else, ikut keinginan ) Doa dajjal lepas tahiyyat akhir // Tasbih fatimah lepas solat // Ayat kursi lepas solat // Surah Yassin setiap pagi dll. Pilih ikut kemampuan dan keinginan, yang mana bila kita buat, kita rasa ikhlas dan seronok. Ia mengambil kira-kira 21-40 hari je untuk membangunkan tabiat. Kita semua pun tahu amalan terrrrrpaling afdhal adalah SOLAT DIAWAL WAKTU jom kita cuba paksa diri untuk solat awal waktu dalam tempoh masa sebulan dan lihat hasilnya:) Ingat, Allah akan membantu kita di sepanjang jalan. ‘Allah will not change the condition of a people until they first change it themselves.’ Read. Read. Read. The more you read, the more likely you are to change.

Satu cara untuk pupuk Ikhlas. Jangan beritahu sesiapa pun tentang perubahan kita, hanya untuk diri sendiri. Dan jangan cakap dekat diri sendiri yang kita dah pun berubah, sebab sebenarnya kita mungkin hanya baru mengubah beberapa tabiat buruk. Berhenti mengadu/merungut tentang bagaimana susahnya untuk berubah, tiada apa yang susah bila kita betul-betul inginkan.

Banyakkan berdoa dan solat malam. Sekurang-kurangnya 2 Raka'at setiap hari. THIS!!
"Firman Allah s.w.t bermaksud: “Dan dari malam, hendaklah engkau bertahajud (tinggalkan tidur untuk sembahyang) semoga Tuhanmu mengangkat kamu pada kedudukan yang terpuji.’ (Surah Al-Israk: Ayat 79) Ayat ini menjelaskan kepada kita betapa pentingnya sembahyang Tahajud. Ia peluang keemasan yang ditawarkan Allah kepada manusia untuk mengukuhkan hubungan mereka dengan Penciptanya." Allah menyuruh hamba-hambaNya untuk meminta apa-apa yang mereka mahu. Jika kita mahu berubah, mintalah kekuatan untuk perubahan.



Banyakkan dengar ceramah-ceramah Islam, membaca/menulis kebesaran Allah. Cari sumber-sumber yang boleh menambah rasa suka/cinta kepada Islam:) "Kurangkan cakap" dengar senang tapi nilah perkara yang paling paling susah (bagi saya) tetapi dengan kurangnya kita bercakap, lebih banyak kita akan mendengar. Lebih banyak kita mendengar, lebih banyak kita memerhati. Lebih banyak kita memerhati, dengan jelas kita jadi betul-betul tahu tentang apakah sebenarnya yang kita perlu mengubah dan bagaimana untuk berubah. Untuk pembersihan hati satu je caranya "Jaga pandangan" (not easy also)

Take it one day at a time. Don’t think ‘oh, I’ll change forever and I’ll never do this again!’ that alone makes the syaitan work that much harder against your weak nafs. Just think about not doing it for that day. You’re not even guaranteed a tomorrow so focus on the now. Go to bed and ask yourself: "Did I accomplish my goal today?" If not, intend on doing it tomorrow and accomplish it & never say to yourself: “I wish I was a better Muslim” NO. Become it. Do it. Plus, have wishes ever come true? NO. Make du'a that you become so.

InsyaAllah Apa yang kita baca/dengar/tulis dapat kita semua amalkan dan sampaikan kepada saudara saudari kita yang lainnya, salam Ramadhan dan Lailatul Qadar:)