Monday 2 January 2012

2012 New Year's

Goodbye 2011 welcome 2012. Tutup buku lama, buka buku baru. Bila masuk tahun baru, semua orang akan buat azam baru dan semangat baru. Azam ialah sesuatu yang kita merancang dan berniat untuk melaksakannya dengan bersungguh-sungguh. Kalau boleh, jangan azam masa tahun baru je. Azamlah pada setiap hari. Azam ni, tak payah banyak-banyak pun tak pe, yang penting kita yakin kita mampu dan boleh melaksakannya dengan succeed. Untuk menjayakan sesuatu perkara, tak kiralah apa-apa pun, mestilah kena iringi dengan berusaha, doa dan tawakal pada Allah. Kita hanya merancang, Allah yang menentukan. Jadi, time nak buat azam tu. berdoalah semoga Allah berkati azam kita dan membantu kita dalam melaksakan azam-azam kita tu. Oke?  InsyaAllah :-) Jangan ulangi kekhilafan kita yang dulu-dulu. cubalah membuat kebaikan yang baru. Semoga pada tahun ini, iman/ ibadah/ rezeqi/ ilmu/ sabar kita semua bertambah, dan sama-samalah berazam untuk menjadi hamba Allah yang soleh dan solehah dan ummat yang istiqamah mengamalkan sunnah Nabi s.a.w insyaAllah :-) Yang baik-baik itu datangnya dari Allah dan yang salah dan khilaf itu datangnya dari kelemahan diri saya sendiri. Happy new year's you all's!! Dear 2012, please be beautiful and handsome for us oke :-)

Abu Hurairah r.a berkata,
"Setiap kali datangnya tahun baru, membuat aku risau dan resah kerana semakin singkat umurku, semakin dekatnya ajalku, semakin tipisnya waktu pengampunan Allah terhadapku, dan semakin dekatnya hari perhitunganku" Barakallahu fiq.