Thursday, 5 January 2012

Do not judge anyone

Kutukan yang kita lemparkan pada orang lain tidak akan menjadikan kita insan yang lebih baik.
Orang yang bersalah, berdosa dengan Allah. Kita yang mengutuk, mencaci maki, mengumpat; berdosa pada si pesalah disebabkan kata-kata kita. Kita menjadi pesalah sekelip mata. Beringat-ingatlah sebelum menghukum orang lain.

Istighfarlah. Berilah teguran dan nasihat dengan cara yang baik. InsyaAllah nasihat yang baik itu akan memberi manfaat kepada orang lain bahkan untuk kita juga. Sekadar mencemuh di belakang tidak akan merubah apa-apa. Sia-sia dan kita yang rugi.

Apa perbezaan fitnah dengan mengumpat?
Fitnah ialah apabila kamu menyebut YANG TIDAK BENAR perihal saudaramu.
Mengumpat pula ialah apabila kamu menyebut YANG BENAR perihal saudaramu.

Perkara yang paling susah untuk jaga adalah mulut. MasyaAllah! Sama-samalah kita usaha. Barakallu fiq.

Ayat Kursi:
1) Baca pada saat keluar rumah, 70000 malaikat akan menjagamu dari semua sisi
2) Baca saat masuk rumah, kemiskinan tdk akan memasuki rumahmu
3) Baca setelah berwudhu, darjatmu akan dinaikkan 70 tingkat
4) Baca pada saat tidur, malaikat akan menjagamu sepanjang malam
5) Baca setelah solat, maka jarak antara kamu dan syurga hanyalah kematian.
Sampaikan kepada orang lain, maka ini adalah sedekah jariah. Dan pada setiap orang yg mengamalkan, kamu akan ikut mendapat pahalanya sampai hari kiamat. Jom mengamalkannya. Memang payah nak istiqamah tapi kita cuba dan cuba. oke? InsyaAllah :-)