Gerbang taman indah menyeru didepan,
Aku masih ragu berdiri tunduk dipanggil menyusuri,
Ruang hati yang penuh wabak menyekat keinginan,
Sebuah nikmat yang aku ternanti,
dimana 'Syafi Qalbu' penyembuh hati.
Naifnya untuk melatah sekecil zarah ujian
tanda luahan cinta sang khaliq.
Allah....seumur pernafasan ini belum lagi
diacah untuk kebuluran seperti para kesayanganMu.
Rancangan Allah mentarbiah aku untuk meyakini ketentuan.
Mensyukuri sekecil nikmat sebelum hilang kerana dhoif bakhil.
Darul Ulum Al-Islamiyyah
-Syafiqah Syahira Yasin
September 2