Sunday 22 September 2013

#part2

Kids don’t remember what you try to teach them. They remember what you are.
Tak terasa, setahun sudah berlalu 'Ana' merantau di daerah asing sebagai seorang pengajar yang masih belajar. Alhamdulillah semua aturan Allah sangat cantik. Dulu baru mula di duai, pelajar muslimat hanya 5 orang. Sekarang dah nak hampir 60 orang. Ana tak pernah belajar macam mana cara nak mengajar. Semua Ibu/Ayah memberikan kepercayaan kepada kami asatizah untuk mendidik/mengajar dan mentarbiah anak2 mereka. Mereka harapkan 'Kualiti bukan Kuantiti' pada diri anak2 mereka. Satu tanggungjawab yang sangat besar. Nampak senang pada mulanya "Mengajar je" di beri tanggungjawab untuk menganmbil alih pekerjaan seorang Ibu. Ya-Allah bukan mudah. Mencari kekuatan rohani untuk jasmani. Tapi, ini satu cabaran. Pengalaman takkan boleh dibina, ia kena ditempuh. Pengalaman dan pengetahuan sangat berbeza. Masinnya kata2 orang tua itu sebab pengalaman mereka. Bukan? (rasanyalah)

Selama satu tahun ni, Alhamdulillah Allah bagi faham dan banyak sangat belajar benda baru. Macam mana cara menyelesaikan, pendekatan dan pemahaman dari segala situasi, contoh: ketika pelajar tak de semangat nak belajar, bergaduh, sakit, tak de akhlaq, masaalah sosial dll. Perubahan sikap/cara dan didikan. Bagi masaalah pelajar yang macam ni macam tu. Kita kena garang ke tegas ke lembut ke marah ke beri pengajaran ke. Tak senang. Perasaan kita sendiri kita pendam untuk membuat 58 orang pelajar semuanya bahagia, semangat, sihat, ceria, penuh kasih sayang dan tak de perselisihan.
Allah, aku ingin menjadi yang terbaik untuk melahirkan generasi yang terbaik dan terbaik untuk seterusnya...
impian takkan mati untuk...
ikhlas menyampaikan ilmu, mendidik qalbu dan menabur kasih. icon dicontohi dan boleh membaca emosi mereka dalam setiap keadaan. Seseorang yang tahu bagaimana pemikiran seorang gadis remaja kesepian dan dia tidak mahu simpati tetapi mahu pemahaman sebenar. Seorang yang akan mendengar dan mengatakan perkataan yang betul-betul menyentuh hati dan jiwa.. dan menyedarkan minda. seseorang yang boleh merenung terus di mata mereka dan akan memahami sendiri yang mereka terlalu bosan dan rasa macam lifeless dengan umur muda mereka yang masih belasan tahun. seseorang yang akan mengajar mereka bagaimana untuk melihat kawan sebenar atau hanya kenalan. 
(In my experience, there is no such thing as ‘luck.)

Sebagai Ustazah/Guru ini adalah satu tanggungjawab besar yang Ana sendiri tidak tahu Ana boleh memenuhinya ke tidak. Tanggungjawab kepada pelajar-pelajar dan kebanyakannya, kepada diri sendiri. Hmm ia adalah satu perkara yang sangat baik kerana "mengajar tentang Islam" tetapi persoalannya ialah, apabila "adakah KAMU mengamalkan apa yang kamu mengajar?" Itu, adalah bahagian yang paling sukar dan selalu bermain difikiran Ana. Hati jadi sebu tak menentu. Tak terluah rasa hati, keputusan yang orang lain takkan faham sakitnya, akhirnya Ana bulatkan, muktamad. Bukan Ana putus asa dengan perjuangan ini, ia masih diteruskan dengan harapan yang sama cuma diteruskan dengan pilihan Allah yang lebih sempurna. Ya-Allah, memberkatilah kami dengan kesabaran dan ketabahan. Ujian ini adalah bernilai setiap pahala. Ya-Allah kuatkan hati-hati kami dan memudahkanlah kami.

Life doesn't change overnight - It is a result of many paths you choose!