Tanda-tanda Allah Sayang:
1. DIBERIKAN KESEDIHAN
-Dengan kesedihan itu kita akan sering menyebut nama-Nya.
2. DIBERIKAN KESAKITAN
-Dengan kesakitan itu kita akan sentiasa memohon kesembuhan dari Nya.
3. DIBERIKAN KEHILANGAN
-Dengan kehilangan itu kita meminta yang terbaik dari Nya.
4. DIBERIKAN KESUSAHAN
-Dengan kesusahan itu kita akan menjadi redha.
5. DIBERIKAN PENDERITAAN
-Kerana hanya jiwa yang menderita akan selalu dekat pada Nya.
6. DIBERIKAN KEMISKINAN
-Kerana Allah mahu kita meminta kepada Nya.
7. DIBERIKAN KEHINAAN
-Kerana Allah mahu kita mohon kemuliaan dari Nya.
OLEH ITU...JANGAN TERLALU BANYAK KETAWA. KERANA ALLAH AKAN JAUH DARI KITA. DAN TETAPLAH UKIR SENYUMAN DIWAJAHMU SERTA SYUKUR ALHAMDULILLAH.
Tuesday, 17 January 2017
Tuesday, 29 April 2014
#fighting
Bismihi Taala, Assalamualaikum warahmatullah kefahalukum? :P Awalan, kehadapan kamu yang tengah membaca entry ni, diharap kamu didalam keadaan bersyukur atas nikmat Allah yang memberi keizinan untuk kamu menclick, melihat, membaca, dan nikmat islam, iman dan sihat kamu, dan semoga kamu diantara satu dari mereka yang sedang berzikir didalam hatinya. InsyaAllah.
Senja berganti subuh, hari berganti minggu, minggu berganti bulan. Jamadil Sani akan berganti Rejab. Huuhh, rasa macam baru minggu lepas aku mula terkial-kial nak pergi sekolah, tiba-tiba dah mention final exam soon, good luck! kamil kitab, soh?! Akhof, kef! riuh dalam kelas aku tu bila ustazah buka topic next class. "InsyaAllah kher..." ayat tawakkal ataucover cool.
dan kita harus usaha melaksanakan amanah sebaiknya. Kalau baca teori selevel aku ni, we're popular dengan perangai last minute, kadang-kadang memang menjadi kerja last minute ni, tiba waktu tak menjadi, menyesal tiada guna lagi. Buat final exam, aku akan cuba study awal waktu demi membanggakan Umi Abah serta rakyat Malaysia keseluruhannya.
Dan tak sabar nak tunggu tarikh confirm cuti, then cuti-cuti malaysialah kita.
Senja berganti subuh, hari berganti minggu, minggu berganti bulan. Jamadil Sani akan berganti Rejab. Huuhh, rasa macam baru minggu lepas aku mula terkial-kial nak pergi sekolah, tiba-tiba dah mention final exam soon, good luck! kamil kitab, soh?! Akhof, kef! riuh dalam kelas aku tu bila ustazah buka topic next class. "InsyaAllah kher..." ayat tawakkal atau
Peperiksaan itu amanah, imtihan tempat untuk kita menguji sama ada kita telah menunaikan amanah kita terhadap ibu bapa atau tidak. -Hilal Asyraf
Dan tak sabar nak tunggu tarikh confirm cuti, then cuti-cuti malaysialah kita.
Imam al-Thabrani meriwayatkan daripada Anas bin Malik, apabila tibanya bulan Rejab, Baginda mendoakan:
“Ya Allah, berkatilah hidup kami di bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikan (hayat) kami kepada bulan Ramadan.”
Rejab soon.. Banyak yang kita kena refresh atau restart atau topup amalan harian dalam bulan akan datang ni, (Perelokkan Taubat-istighfar-puasa-dan amalan lainnya) rejab diantara bulan terpenting bagi umat Islam. Rejab a.k.a bulan Allah. Ulangkaji peristiwa Isra' Mikraj (27rejab) dan ambil pengajaran. Perbanyakkan amal soleh, selazimnya dan lebih tawajjuh. InsyaAllah, kita semua bakal bertemu malam lailatul-qadr. Amin.“Ya Allah, berkatilah hidup kami di bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikan (hayat) kami kepada bulan Ramadan.”
Buat kamu Umat kecintaan Rasulullah s.a.w.
penghubung ilmu dan amal
Muhasabah cacian, titian menimbah iman
Menjadi asbab hembusan indah nur hidayah
Bersemilah kasih Ahli langit bersamamu kerana Raja langit mengasihimu
photo by: abbasphotos
Monday, 23 September 2013
Impian murni mencari 'Syafi Qalbu' pernah hadir
dalam lena malamku setelah sesuci istikharah hening
kulaksanakan memohon pancaran jalan
dari Allah pemberi Ilham,
Seruannya kusahut lembut demi sesuatu yang
tiada nilai yang selama ini kuternanti,
bumi auliya penuh sakinah memimpin iman untuk terus mekar
berkembang ditempat asalnya kamar Qalbu.
Impian direstui penuh kasih,
hati kecil tekad bermusaffir di tanah mujahaddah untuk
berdikari melindunginya dari pencemaran Qalbu.
Semoga kutemu 'Syafi Qalbu' di bandar padang pasir tradisional yang kecil,
Tareem Hadramawt, Yemen.

Taman Pelangi Semenyih
-Syafiqah Syahira Yasin
September 23
Sunday, 22 September 2013
Gerbang taman indah menyeru didepan,
Aku masih ragu berdiri tunduk dipanggil menyusuri,
Ruang hati yang penuh wabak menyekat keinginan,
Sebuah nikmat yang aku ternanti,
dimana 'Syafi Qalbu' penyembuh hati.
Naifnya untuk melatah sekecil zarah ujian
tanda luahan cinta sang khaliq.
Allah....seumur pernafasan ini belum lagi
diacah untuk kebuluran seperti para kesayanganMu.
Rancangan Allah mentarbiah aku untuk meyakini ketentuan.
Mensyukuri sekecil nikmat sebelum hilang kerana dhoif bakhil.

Darul Ulum Al-Islamiyyah
-Syafiqah Syahira Yasin
September 2
#part2
“Kids don’t remember what you try to teach them. They remember what you are.”
Tak terasa, setahun sudah berlalu 'Ana' merantau di daerah asing sebagai seorang pengajar yang masih belajar. Alhamdulillah semua aturan Allah sangat cantik. Dulu baru mula di duai, pelajar muslimat hanya 5 orang. Sekarang dah nak hampir 60 orang. Ana tak pernah belajar macam mana cara nak mengajar. Semua Ibu/Ayah memberikan kepercayaan kepada kami asatizah untuk mendidik/mengajar dan mentarbiah anak2 mereka. Mereka harapkan 'Kualiti bukan Kuantiti' pada diri anak2 mereka. Satu tanggungjawab yang sangat besar. Nampak senang pada mulanya "Mengajar je" di beri tanggungjawab untuk menganmbil alih pekerjaan seorang Ibu. Ya-Allah bukan mudah. Mencari kekuatan rohani untuk jasmani. Tapi, ini satu cabaran. Pengalaman takkan boleh dibina, ia kena ditempuh. Pengalaman dan pengetahuan sangat berbeza. Masinnya kata2 orang tua itu sebab pengalaman mereka. Bukan? (rasanyalah)
Selama satu tahun ni, Alhamdulillah Allah bagi faham dan banyak sangat belajar benda baru. Macam mana cara menyelesaikan, pendekatan dan pemahaman dari segala situasi, contoh: ketika pelajar tak de semangat nak belajar, bergaduh, sakit, tak de akhlaq, masaalah sosial dll. Perubahan sikap/cara dan didikan. Bagi masaalah pelajar yang macam ni macam tu. Kita kena garang ke tegas ke lembut ke marah ke beri pengajaran ke. Tak senang. Perasaan kita sendiri kita pendam untuk membuat 58 orang pelajar semuanya bahagia, semangat, sihat, ceria, penuh kasih sayang dan tak de perselisihan.
Allah, aku ingin menjadi yang terbaik untuk melahirkan generasi yang terbaik dan terbaik untuk seterusnya...
impian takkan mati untuk...
ikhlas menyampaikan ilmu, mendidik qalbu dan menabur kasih. icon dicontohi dan boleh membaca emosi mereka dalam setiap keadaan. Seseorang yang tahu bagaimana pemikiran seorang gadis remaja kesepian dan dia tidak mahu simpati tetapi mahu pemahaman sebenar. Seorang yang akan mendengar dan mengatakan perkataan yang betul-betul menyentuh hati dan jiwa.. dan menyedarkan minda. seseorang yang boleh merenung terus di mata mereka dan akan memahami sendiri yang mereka terlalu bosan dan rasa macam lifeless dengan umur muda mereka yang masih belasan tahun. seseorang yang akan mengajar mereka bagaimana untuk melihat kawan sebenar atau hanya kenalan.
(In my experience, there is no such thing as ‘luck.)
Sebagai Ustazah/Guru ini adalah satu tanggungjawab besar yang Ana sendiri tidak tahu Ana boleh memenuhinya ke tidak. Tanggungjawab kepada pelajar-pelajar dan kebanyakannya, kepada diri sendiri. Hmm ia adalah satu perkara yang sangat baik kerana "mengajar tentang Islam" tetapi persoalannya ialah, apabila "adakah KAMU mengamalkan apa yang kamu mengajar?" Itu, adalah bahagian yang paling sukar dan selalu bermain difikiran Ana. Hati jadi sebu tak menentu. Tak terluah rasa hati, keputusan yang orang lain takkan faham sakitnya, akhirnya Ana bulatkan, muktamad. Bukan Ana putus asa dengan perjuangan ini, ia masih diteruskan dengan harapan yang sama cuma diteruskan dengan pilihan Allah yang lebih sempurna. Ya-Allah, memberkatilah kami dengan kesabaran dan ketabahan. Ujian ini adalah bernilai setiap pahala. Ya-Allah kuatkan hati-hati kami dan memudahkanlah kami.
Life doesn't change overnight - It is a result of many paths you choose!
Monday, 25 March 2013
Difference Between Istighfār and Taubah
Pernah soalan ini ditujukan kepada Ana : "Adakah Istighfar itu juga digelar Taubat?"
Makna keduanya hampir sama. Namun Istighfar dan Taubat adalah dua tindakan yang benar-benar berbeza, dan dalam untuk taat perintah Allāh, kita mesti memahami apa yang pentingnya kedua-dua Istilah ini.
Yang menimbulkan satu persoalan penting adalah: Apakah perbezaan antara kedua-duanya?
Tujuannya adalah untuk kita menjauhi dari perbuatan yang lalai, dosa, maksiat, ingkar, pendinding dari segala bentuk syirik, dan untuk sentiasa mencari keampunan dari Allah.
Taubat:
Adalah kembali kepada Allah setelah kita terlalai dan ingkar dari perintahnya, menyesal atas kesalahan yang kita telah lakukan dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi serta melakukan perbuatan yang mendapat keampunan Allah.

[Dan mintalah ampun kepada Tuhan kamu dan bertaubat kepadaNya, Nescaya Dia akan memberikan keseronokan yang baik kepada hidupmu sehingga suatu masa yang ditetapkan.] Hud: 3
Di dalam surah Hud Allāh menyuruh kita untuk beristighfar (memohon ampun) kemudian Dia menyuruh kita untuk melakukan Taubat (kembali kepada Allah).
Ayat Ini memberitahu kita the successful combination: Remove the bad then do good. This Allāh mentions Istighfār then Taubah. After then Allah promised will give good fun to your life.
And your reward in this world? The Goodly Life!
-[wallau-a'lam]
Wednesday, 8 August 2012
Laylatul Qadr starts this night, right?

Alhamdulillah, Allah pilih kita, Allah pilih kita dan Allah masih beri kita peluang mengharungi detik-detik lingkungan Lailatul Qadar Alhamdulillah Alhamdulillah, ini adalah nikmat terbesar dan semoga kita semua diberi kekuatan untuk terus berbuat baik dan baik dan dipilih juga untuk bertemu Malam yang dinanti-nanti dan dicari. Aminn YaRabbal'alamin. Dalam percaya tak percaya malam ni terawih yang ke20. Nak tak nak, kena nak. Redha tak Redha, kena Redha. Menjelangnya fasa Lailatul Qadar ini menunjukkan Ramadhan akan berakhir. Mereka yang dikubur akan kembali dengan azabnya, pintu neraka dibuka kembali, syaitan dilepaskan dari belenggunya. Sebak dihati hanya Allah yang tahu, tapi adakah kita manfaatkan sebaiknya sepanjang bulan Ramadhan kali ini, muhasabah bersama.
Malam Lailatul Qadar adalah berurusan dengan hati, hati yang kotor akan lemah dan payah untuk jasmani berjaga ditengah larut malam, beramal ibadat. Malam Lailatul Qadar tak bermakna hanya malam, kita perlu persiapkan rohani kita dari awal pagi lagi, perbanyakkan istighfar dan membersihkan hati, supaya menjelang malam, rohani dan jasmani dapat bekerjasama menanti rombongan Malaikat dari langit dengan beribadat dengan penuh khusyu.
Bagaimanakah rupa hati kita sekarang ni agaknya. Allah...
Malam Al Qadar itu umpama sebuah “kapal terbang” yang memerlukan landasan yang selamat dan cukup panjang untuk mendarat. Jika landasannya pendek dan terhalang, kapal terbang tidak akan mendarat. Landasan Lailatul Qadar ialah hati yang bersih. Mana mungkin malaikat yang bersih dan suci itu boleh berdamping dengan orang yang hatinya masih kotor dengan sifat mazmumah apatah lagi kalau ada saki-baki syirik? Dan mana mungkin hati yang kotor dapat dibersihkan hanya dalam jangka masa satu malam?
Hati mesti dibersihkan sejak akil baligh hinggalah akhir hayat. Bersihnya hati itu, mencerahkan peluang kita untuk bertemu malam Al Qadar. Sebaliknya, jika hati dibiarkan kotor, dan hanya berangan-angan untuk bertemu dengan malam itu dengan “tekaan” dan “ramalan” sahaja, insya-Allah, kita tidak akan dapat menemuinya. Allah :(
Bagaimanakah dengan jiwa kita? Mungkinkah ibadah yang kita usahakan selama ini daripada satu Ramadan ke satu Ramadan belum menghasilkan jiwa sempurna atau suci bagi membolehkan didatangi oleh malaikat? Jika tahun ini kita tingkatkan lagi ibadah, seterusnya ditingkatkan tahun demi tahun, tidak mustahil satu ketika nanti kita akan didatangi malaikat pada malam Al Qadar. InsyaAllah Amin.
Jadi, mulai bilakah perlu mempersiapkan diri supaya menjadi orang yang layak menerima Lailatul Qadar? Jawapannya ialah sejak kecil lagi. Nabi s.a.w mempersiapkan diri, roh dan jiwanya sebelum menerima wahyu daripada Allah s.w.t sejak daripada kecil. Baginda tidak pernah berbuat dosa pada ketika orang lain banyak berbuat maksiat. Oleh sebab itu baginda digelar Al-Amin (yang terpercaya) sejak sebelum dilantik menjadi rasul lagi.
Sekiranya kita tidak mendapat Lailatul Qadar, ibadah yang dilakukan bersungguh-sungguh masih tidak sia-sia. Teringat kata Imam Hasan Al Basri:
“Jadilah kamu hamba Allah (yang beribadah sepanjang masa, tempat dan suasana), jangan menjadi hamba Ramadhan (yang hanya tekun beribadah di bulan Ramadhan sahaja)."
Tegasnya, Lailatul Qadar itu dinanti dan dicari dengan momentum ibadah yang telah dimulakan sejak akil baligh lagi – hati terus terusan dibersihkan, hingga tiba saatnya layak menjadi wadah tempat bertamunya para malaikat. Hingga dengan itu bisikan baik akan sentiasa mengatasi bisikan jahat, dan perangai pun berubah menjadi baik selama-lamanya.
Jadilah hamba yang mencari malam Al-Qadar, bukan yang hanya menantinya!
Dear you (who read this),
Mohon maaf dari saya atas segala kesalahan, doakan saya dan maafkan saya. Salam Lailatul Qadar, semoga kita semua diberkati atas usaha yang sedang kita usahakan Amin.
Sincerely from full of sin,
me.
Inspired by: Ustaz Pahrol Mohd Juoi
Monday, 6 August 2012
استغفر الله

Ber'istighfar'lah pada setiap pekerjaan kamu. Sentiasa sentiasa sentiasalah bertaubat/ber'istighfar. Jangan sekali-kali berputus asa. Allah mengasihi orang-orang yang rujuk kembali/bertaubat kepadaNya. Sedang memasak dll, meminta ampunlah/istighfar. Apa sahaja yang kamu lakukan, cuba membuat tabiat untuk selalu memohon ampun pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja sebab kamu takkan pernah tahu bila Allah akan menerima istighfar kamu. Sebutlah Astaghfirullahalazim Astaghfirullahalazim Astaghfirullahalazim dengan ikhlas dan sebanyak-banyaknya. Kami tahu dosa-dosa kami sangat besar YaAllah tetapi rahmatMu sememangnya lagi besar. Ampunilah kami dengan rahmatMu YaAllah Amin YaAllah.
Benarlah, Allah telah memberi banyak peluang untuk hamba-hambaNya yang banyak dosa ini untuk Berdoa kepadaNya & meminta pengampunanNya. Tapi kami malas, lalai, lupa, alpa..Astaghfirullah! Tidak sanggup kami merana di dalam api nerakaMu YaAllah :(
YaAllah..Ringankanlah tangan hamba-hambaMu yang jijit ini untuk Berdoa. Mengapa perlu kami bangga diri, siapalah kami tanpaMu YaRabbi. Kami lemah, kami jahil, kami zalim, kami perlukan pengampunanMu YaGhaffar. Terimalah Taubat kami. Jadikanlah ia Taubatan Nasuha Astaghfirullahalazim Astaghfirullahalazim Astaghfirullahalazim Astaghfirullahalazim
YOULoveToForgiveSoPleaseForgiveUsYaALLAHYaRAHIM
Friday, 3 August 2012
What Is Stopping Us?
Kita semua sebagai orang islam mesti pernah rasa, pernah terlintas difikiran, pernah terdetik dihati “I want to be a better Muslim” tapi kita tetap sama. Tak pernah berubah untuk jadi lebih baik. Apa yang menghalang kita? Apa yang kita tunggu? Nafsu, syaitan, dunia, betul. Tu semua yang buat kita tak berubah-berubah. Tapi sampai bila kita nak kalah kan, sampai bila-bila pun kita takkan capai cita-cita kita untuk jadi yang terbaik. Jika bila kita dah ada kemahuan kearah 'ingin' menjadi seorang Muslim yang lebih baik, let's do it now! Fighting!
Ini hanya satu cadangan dan perkongsian untuk kita lebih bersemangat/bersungguh-sungguh untuk istiqamah dan berubah, insyaAllah! Lawan nafsu, didik nafsu, hati pun turut bersih:)
Beli buku khas, hiaskan, balut, bagi nampak cantik dan buat satu senarai apa yang kita mahu kepada perubahan. Pilih 1/2/3 setiap bulan. Ikut kemampuan masing-masing. Pilihlah mana-mana amalan harian yang ringkas dan menyeronokkan. Pilih dan cuba cuba cuba sedaya upaya untuk istiqamah.
Contoh macam:
Solat tahajjud // Solat dhuha // Doa masuk keluar toilet // Doa lepas wudhu // Iqamat sebelum solat // Solat sunat rawatib ( rawatib subuh je ke, zuhur je, asar je ke or else, ikut keinginan ) Doa dajjal lepas tahiyyat akhir // Tasbih fatimah lepas solat // Ayat kursi lepas solat // Surah Yassin setiap pagi dll. Pilih ikut kemampuan dan keinginan, yang mana bila kita buat, kita rasa ikhlas dan seronok. Ia mengambil kira-kira 21-40 hari je untuk membangunkan tabiat. Kita semua pun tahu amalan terrrrrpaling afdhal adalah SOLAT DIAWAL WAKTU jom kita cuba paksa diri untuk solat awal waktu dalam tempoh masa sebulan dan lihat hasilnya:) Ingat, Allah akan membantu kita di sepanjang jalan. ‘Allah will not change the condition of a people until they first change it themselves.’ Read. Read. Read. The more you read, the more likely you are to change.
Satu cara untuk pupuk Ikhlas. Jangan beritahu sesiapa pun tentang perubahan kita, hanya untuk diri sendiri. Dan jangan cakap dekat diri sendiri yang kita dah pun berubah, sebab sebenarnya kita mungkin hanya baru mengubah beberapa tabiat buruk. Berhenti mengadu/merungut tentang bagaimana susahnya untuk berubah, tiada apa yang susah bila kita betul-betul inginkan.
Banyakkan berdoa dan solat malam. Sekurang-kurangnya 2 Raka'at setiap hari. THIS!!
"Firman Allah s.w.t bermaksud: “Dan dari malam, hendaklah engkau bertahajud (tinggalkan tidur untuk sembahyang) semoga Tuhanmu mengangkat kamu pada kedudukan yang terpuji.’ (Surah Al-Israk: Ayat 79) Ayat ini menjelaskan kepada kita betapa pentingnya sembahyang Tahajud. Ia peluang keemasan yang ditawarkan Allah kepada manusia untuk mengukuhkan hubungan mereka dengan Penciptanya." Allah menyuruh hamba-hambaNya untuk meminta apa-apa yang mereka mahu. Jika kita mahu berubah, mintalah kekuatan untuk perubahan.
Banyakkan dengar ceramah-ceramah Islam, membaca/menulis kebesaran Allah. Cari sumber-sumber yang boleh menambah rasa suka/cinta kepada Islam:) "Kurangkan cakap" dengar senang tapi nilah perkara yang paling paling susah (bagi saya) tetapi dengan kurangnya kita bercakap, lebih banyak kita akan mendengar. Lebih banyak kita mendengar, lebih banyak kita memerhati. Lebih banyak kita memerhati, dengan jelas kita jadi betul-betul tahu tentang apakah sebenarnya yang kita perlu mengubah dan bagaimana untuk berubah. Untuk pembersihan hati satu je caranya "Jaga pandangan" (not easy also)
Take it one day at a time. Don’t think ‘oh, I’ll change forever and I’ll never do this again!’ that alone makes the syaitan work that much harder against your weak nafs. Just think about not doing it for that day. You’re not even guaranteed a tomorrow so focus on the now. Go to bed and ask yourself: "Did I accomplish my goal today?" If not, intend on doing it tomorrow and accomplish it & never say to yourself: “I wish I was a better Muslim” NO. Become it. Do it. Plus, have wishes ever come true? NO. Make du'a that you become so.
InsyaAllah Apa yang kita baca/dengar/tulis dapat kita semua amalkan dan sampaikan kepada saudara saudari kita yang lainnya, salam Ramadhan dan Lailatul Qadar:)
Tuesday, 24 July 2012
"Wiil you"
Alhamdulilllah dua bulan lepas mereka sudah pun bertunang, cadang bernikah dan walimahnya lepas raya ni. Doa-doakan ye? Apa-apa pun kena settle semuanya sebelum puasa sebab masa puasa memang tak sempat dah. Ni entri dah berhabuk sebenarnya. Sekarang ni, semua mahal-mahal belaka /geleng2 nak pulak cari yang muslimah style, Allah je tahu. Pusing punya pusing, dengan izin Allah selesai juga pencariannya.
Bakal pengantin *cough*
1st Bridal boutique /pangkah
2nd "NO"
3rd /geleng\
Dan akhirnya.............[tolong faham]
YaAllah, permudahkanlah urusan kami sekelurga dan keluarga belah sana juga Amin YaAllah.
"Memintalah kamu akan jodoh yang sedia membantu kamu menuju ke syurga Allah"
Monday, 23 July 2012
#RamadhanBulanUmmat
.jpg)
Walaupun baru 3 hari Ramadhan telah berlalu, saya sudah boleh mengatakan ia akan menjadi berkali-kali lebih baik daripada mana-mana Ramadhan lalu, InsyaAllah :) Alhamdulillah kita semua mengalami sepenuhnya dalam sebuah negara Islam yang menjadikan ia lebih baik dan lebih mudah. Berada di sekitar orang-orang yang mengamalkan Islam, sentiasa mendengar azan 5 kali sehari, berupaya untuk berdoa di mana-mana masjid yang kita mahu dan di mana sahaja, tinggal sepanjang malam, dan sebagainya Alhamdulillah. Rasa perpaduan yang Ramadhan membawa sesuatu yang takkan saya lupakan. Dan terdapat begitu banyak faedah lain dalam bulan yang mulia ini. Saya berasa seperti Ramadhan ini adalah Ramadhan pertama saya walaupun saya telah berpuasa selama bertahun-tahun. Saya membaca al-Quran setiap hari dan menghafal hari demi hari, dan ia membuatkan saya berasa aman walaupun terdapat begitu banyak perkara-perkara buruk yang berlaku dalam hidup saya. Ramadhan, satu nikmat terbesar dalam hidup saya pada tahun ini, Alhamdulillah.
"Terima kasih Allah."
Jangan sia-siakan bulan yang mulia ini. Keep going menyucikan badan, minda, dan jiwa dan jangan biarkan ia hanyut selepas Ramadhan berakhir, cuba untuk berpegang kepadanya selama-lamanya. InsyaAllah, sama-samalah kita ingat mengingati dan berjuang untuk redha Allah dan syafaat Nabi s.a.w moga-moga Allah memberi kita semua kekuatan yang luar biasa didalam bulan Ramadhan Al-Mubarak ini, Aminnn Ya-Allah.
Bersyukurlah untuk apa yang kamu ada dan percaya dalam pertolongan Allah s.w.t :)
Ramadhan Kareem Everyone from sinful,
Me
Friday, 9 March 2012
Mood (Uzlah)

[@ mukalla]
Kita melakukan dosa begitu banyak setiap hari. Kita berbohong, menipu. Kita menderhakai ibu bapa. Kita terlepas solat. Fitnah sana sini. Kita menyimpan rasa benci dan dendam antara satu sama lain. Kita berasa cemburu dan iri hati daripada orang lain. Tak bersyukur. Kita mendengar muzik. Kita melihat perkara haram. Kita membaca barangan sampah tetapi tidak pernah untuk membaca Al-Quran. Allahu Rabbi kita lalai. [terutama aku]
Kita melakukan perbuatan yang salah begitu banyak, kita melakukan dosa-dosa yang begitu banyak namun Allah maha penyayang. Allah tak jemu mendengar kita setiap kali kita mengadu. Allah membantu kita, memberikan kita kesihatan dan kekayaan. Bagaimana kita bersyukur?
Kita lupa mengapa kita di dunia ini, kita lupa satu hari nanti kita perlu kembali dari mana kita datang! Ya-Allah, ampunkanlah kami, ampunilah dosa-dosa kami, beri kami kekuatan untuk menjadi orang Islam yang baik, Ya Rab tingkatkanlah Iman kami, lindungi kami dari segala kejahatan dan kejahatan.
Ya-Allah, we are the most sinful slaves but you are the most merciful, Please forgive us Aminn Ya Rabb
Friday, 3 February 2012
Du'a (bi) Du'a

Berdo’alah kepada-Nya
Allah yang maha mendengar
Ya Tuhanku.
Aku berdo’a untuk seorang lelaki yang akan menjadi sebahagian dari hidupku,
Seseorang yang sungguh mencintaiMu lebih dari segala sesuatu,
Seorang lelaki yang akan meletakkanku pada posisi kedua di hatinya setelah Ibundanya,
Seorang lelaki yang hidup bukan untuk dirinya sendiri tetapi untukMu,
Wajah tampan dan daya tarik fizikal tidaklah penting,
Yang penting adalah sebuah hati yang sungguh mencintai dan dekat dengan Engkau dan berusaha menjadikan sifat-sifatMu ada pada dirinya,
Dan dia haruslah mengetahui bagi siapa dan untuk apa dia hidup sehingga hidupnya tidaklah sia-sia,
Seseorang yang memiliki hati yang bijak tidak hanya otak yang cerdas,
Seorang lelaki yang tidak hanya mencintaiku tapi juga menghormatiku,
Seorang lelaki yang tidak hanya memujaku tetapi juga dapat menasihatiku ketika aku berbuat salah,
Seseorang yang mencintaiku bukan karena kecantikanku tapi karena hatiku,
Seorang lelaki yang dapat menjadi sahabat terbaikku dalam setiap waktu dan situasi,
Seseorang yang dapat membuatku merasa sebagai seorang wanita ketika aku di sisinya,
Ya Rabbi.
Aku tidak meminta seseorang yang sempurna namun aku meminta seseorang yang tidak sempurna,
sehingga aku dapat membuatnya sempurna di mataMu,
Seorang lelaki yang memerlukan sokonganku sebagai peneguhnya,
Seorang lelaki yang memerlukan doaku untuk kehidupannya,
Seseorang yang memerlukan senyumku untuk mengatasi kesedihannya,
Seseorang yang memerlukan diriku untuk membuat hidupnya menjadi sempurna,
Ya Allah.
Aku juga meminta,
Buatlah aku menjadi wanita yang dapat membuatnya bangga,
Berikan aku hati yang sungguh mencintaiMu sehingga aku dapat mencintainya dengan sekadar cintaku,
Berikanlah sifat yang lembut sehingga kecantikanku datang dariMu,
Berikanlah aku tangan sehingga aku selalu mampu berdoa untuknya,
Berikanlah aku penglihatan sehingga aku dapat melihat banyak hal baik dan bukan hal buruk dalam dirinya,
Berikanlah aku lisan yang penuh dengan kata-kata bijaksana, mampu memberikan semangat serta mendorongnya setiap saat dan tersenyum untuk dirinya setiap pagi
Dan bilamana akhirnya kami akan bertemu, aku berharap kami berdua dapat mengatakan:
“Betapa Maha Besarnya Engkau karena telah memberikan kepadaku pasangan yang dapat membuat hidupku menjadi sempurna.”
Aku mengetahui bahwa Engkau ingin kami bertemu pada waktu yang tepat, dan Engkau akan membuat segala sesuatunya indah pada waktu yang telah Engkau tentukan.
Aamiin ya Rabbal ‘alamiin.
Wednesday, 1 February 2012
To be a Princess
Jadilah wanita yang sebenar-benarnya wanita. Walaupun ujiannya sangat besar pada akhir zaman ini.
Jika kamu wanita yang tidak berapa cantik dan kamu terasa kamu tidak menjadi tumpuan. Kemudian kamu merasakan ada sedikit kecemburuan dalam hati apabila melihat wanita lain menjadi rebutan padahal kamu tidak.Take a note,
"bersyukurlah dan bergembiralah"
Kerana, apalah gunanya seorang wanita menjadi idaman banyak lelaki sedangkan dia hanya akan menjadi milik seorang lelaki sahaja. Seorang wanita sepatutnya tidak akan merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan akan merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah seorang wanita ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati.Berbahagialah jika kamu tidak menjadi tumpuan. Berbahagialah jika kamu tidak menjadi sebutan para pemuda.
"Apa yang tak ada dalam syurga sehingga Adam inginkan Hawa"
Penciptaan wanita ini tidak sia-sia, Allah s.w.t menciptakan sesuatu, ada rahsia yang tersembunyi, ada hikmah dan ada kebaikannya.Rasulullah s.a.w bersabda :
"Berlaku baiklah terhadap kaum wanita lantaran mereka diciptakan dari tulang rusuk dan tulang rusuk yang paling bengkok adalah bahagian yang teratas,jika kamu cuba untuk meluruskannya kamu akan mematahkannya dan jika kamu membiarkannya ia akan tetap bengkok,maka berlakulah baik pada wanita."
(Al-Bukhary dan muslim)
Wanita. Hiasi dirimu dengan bunga-bunga keimanan. Teguhkan akarnya dengan ilmu. Jadikan akhlak baikmu seperti dedaun merimbun yang meneduhkan jiwa-jiwa insan yang berdekatan.
Wanita. Sungguh kamu perlu kembali kepada ilmu. Ilmu yang hakiki yang menunjuk jalan kebenaran. Yang akan memimpinmu kepada ketenangan.
Carilah ilmu, bagaimana seharusnya mentaati Allah s.w.t.
Carilah ilmu, bagaimana seharusnya mentaati suami kerana Allah s.w.t.
Carilah ilmu, bagaimana menanamkan keimanan ke dalam hati-hati zuriatmu.
Dan carilah kekuatan ketenanganmu hanya pada Yang Esa.
.jpg)
Saturday, 7 January 2012
Saturday ☺
Salam saturday :-) First weekend in 2012. Alhamdulillah di panggil interview. Sepatutnya hari ni kena pergi interview dekat ampang tapi tak jadi, di tunda esok. Tengoklah esok macam mana tuahnya. Tolong doakan saya. Ya-Allah, permudahkanlah segala urusan ini. Aminn Ya-Razaq.
Dear Allah,
Firstly, thank You, thank You, thank You, thank You, thank You, thank You, thank You, thank You, thank You, thank You, thank You, thank You, thank You, thank You, thank You, thank You, thank You, thank You, thank You.
Secondly, thank You, thank You, thank You, thank You, thank You, thank You, thank You, thank You, thank You, thank You, thank You, thank You, thank You, thank You, thank You, thank You, thank You, thank You, thank You, thank You.
Last but not least, thank You, thank You, thank You, thank You, thank You, thank You, thank You, thank You, thank You, thank You, thank You, thank You, thank You, thank You, thank You, thank You, thank You, thank You, thank You, thank You.
Yours sincerely,
Me.
Thursday, 5 January 2012
Do not judge anyone
Kutukan yang kita lemparkan pada orang lain tidak akan menjadikan kita insan yang lebih baik.
Orang yang bersalah, berdosa dengan Allah. Kita yang mengutuk, mencaci maki, mengumpat; berdosa pada si pesalah disebabkan kata-kata kita. Kita menjadi pesalah sekelip mata. Beringat-ingatlah sebelum menghukum orang lain.
Istighfarlah. Berilah teguran dan nasihat dengan cara yang baik. InsyaAllah nasihat yang baik itu akan memberi manfaat kepada orang lain bahkan untuk kita juga. Sekadar mencemuh di belakang tidak akan merubah apa-apa. Sia-sia dan kita yang rugi.
Apa perbezaan fitnah dengan mengumpat?
Fitnah ialah apabila kamu menyebut YANG TIDAK BENAR perihal saudaramu.
Mengumpat pula ialah apabila kamu menyebut YANG BENAR perihal saudaramu.
Perkara yang paling susah untuk jaga adalah mulut. MasyaAllah! Sama-samalah kita usaha. Barakallu fiq.
Ayat Kursi:
1) Baca pada saat keluar rumah, 70000 malaikat akan menjagamu dari semua sisi
2) Baca saat masuk rumah, kemiskinan tdk akan memasuki rumahmu
3) Baca setelah berwudhu, darjatmu akan dinaikkan 70 tingkat
4) Baca pada saat tidur, malaikat akan menjagamu sepanjang malam
5) Baca setelah solat, maka jarak antara kamu dan syurga hanyalah kematian.
Sampaikan kepada orang lain, maka ini adalah sedekah jariah. Dan pada setiap orang yg mengamalkan, kamu akan ikut mendapat pahalanya sampai hari kiamat. Jom mengamalkannya. Memang payah nak istiqamah tapi kita cuba dan cuba. oke? InsyaAllah :-)
Orang yang bersalah, berdosa dengan Allah. Kita yang mengutuk, mencaci maki, mengumpat; berdosa pada si pesalah disebabkan kata-kata kita. Kita menjadi pesalah sekelip mata. Beringat-ingatlah sebelum menghukum orang lain.
Istighfarlah. Berilah teguran dan nasihat dengan cara yang baik. InsyaAllah nasihat yang baik itu akan memberi manfaat kepada orang lain bahkan untuk kita juga. Sekadar mencemuh di belakang tidak akan merubah apa-apa. Sia-sia dan kita yang rugi.
Apa perbezaan fitnah dengan mengumpat?
Fitnah ialah apabila kamu menyebut YANG TIDAK BENAR perihal saudaramu.
Mengumpat pula ialah apabila kamu menyebut YANG BENAR perihal saudaramu.
Ayat Kursi:
1) Baca pada saat keluar rumah, 70000 malaikat akan menjagamu dari semua sisi
2) Baca saat masuk rumah, kemiskinan tdk akan memasuki rumahmu
3) Baca setelah berwudhu, darjatmu akan dinaikkan 70 tingkat
4) Baca pada saat tidur, malaikat akan menjagamu sepanjang malam
5) Baca setelah solat, maka jarak antara kamu dan syurga hanyalah kematian.
Sampaikan kepada orang lain, maka ini adalah sedekah jariah. Dan pada setiap orang yg mengamalkan, kamu akan ikut mendapat pahalanya sampai hari kiamat. Jom mengamalkannya. Memang payah nak istiqamah tapi kita cuba dan cuba. oke? InsyaAllah :-)
Wednesday, 4 January 2012
Inspired me
.jpg)
'You're my crowns, ummi'
Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat :
1. Taat kepada Allah dan Rasul-Nya
2. Taat kepada suami
1. Taat kepada Allah dan Rasul-Nya
- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
- Wajib menutup aurat
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada mahram bersamanya
- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa
- Berbuat baik kepada ibu & bapa
- Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang
- Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa
- Bersikap baik terhadap tetangga
2. Taat kepada suami.
- Memelihara kewajipan terhadap suami
- Sentiasa menyenangkan suami
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah
- Tidak bermasam muka di hadapan suami
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
- Tidak keluar tanpa izin suami
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan & kecantikannya serta rumah tangga
Faktor Yang Merendahkan Martabat Wanita.
Sebenarnya puncak rendahnya martabat wanita adalah dari faktor dalaman. Bukanlah faktor luaran atau yang berbentuk material sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh para pejuang hak-hak palsu wanita.
1) Lupa mengingat Allah.
Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan kegiatan luar atau memelihara anak-anak, maka tidak hairanlah jika banyak wanita yang tidak menyedari bahawa dirinya telah lalai dari mengingat Allah. Dan saat kelalaian ini pada hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya bagi diri mereka, di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya.
Firman Allah s.w.t. didalam surah al-Jathiah, ayat 23: ertinya:
"Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya."
Sabda Rasulullah s.a.w.: ertinya:
"Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang telah aku sampaikan." (Riwayat Tarmizi)
Mengingati Allah s.w.t. bukan saja dengan berzikir, tetapi termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu.
2) Mudah tertipu dengan keindahan dunia.
Keindahan dunia dan kemewahannya memang banyak menjebak wanita ke perangkapnya. Bukan itu saja, malahan syaitan dengan mudah memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelumang dengan dosa dan noda. Tidak sedikit yang sanggup durhaka kepada Allah s.w.t. hanya kerana kenikmatan dunia yang terlalu sedikit.
3) Mudah terpedaya dengan syahwat.
4) Lemah iman.
5) Bersikap suka menunjuk-nunjuk.
Berkawanlah dengan orang yang boleh mendorong kita kepada kebaikan. Duduklah di suasana yang jauhkan kita dari kelalaian. Berdoalah dengan niat yang ikhlas di hati. Melakukanlah segala perbuatan dengan ikhlas. Bermuhasabahlah diri pada setiap hari. Ya-Allah, berilah kami kekuatan untuk menempuh segala fitnah-fitnah dunia. Kaulah yang maha kuasa dan lagi maha mengetahui apa yang ada di dalam hati-hati kami.
[Wallahu-a'lam]
Page 3 of 366
Guess what, i get offered a job. Alhamdulillah :-) Hari ni kena hantar resume. Tunggu mereka panggil interview. Ikutkan hati, tahun ni nak sambung belajar tapi tengoklah pada rezeqi. Kita hanya mernacang, Allah yang menentukan. Ya-Allah, permudahkanlah segala urusan ku.
Kadang-kadang bila kita menginginkan sesuatu, susah untuk mendapatkannya dan bila tak inginkannya, senang pula menghampirinya. Allah sangat adil dan maha mengetahui, pasti dan pasti ada hikmah di segala sesuatu yang berlaku yang kita suka ataupun sebaliknya. Redha dan berlapang dadalah :-)
Tazkirah untuk hati kita pada hari ini:
"aku menangis kerana tidak berkasut sehinggalah aku bertemu insan yang tidak berkaki..."
Usah kamu dongakkan di atas, tundukklah ke bawah, nescaya kamu akan merasai ada orang yang lebih susah darimu.
May Allah have mercy on us. Aminn Ya-Rahimm :-)
Kadang-kadang bila kita menginginkan sesuatu, susah untuk mendapatkannya dan bila tak inginkannya, senang pula menghampirinya. Allah sangat adil dan maha mengetahui, pasti dan pasti ada hikmah di segala sesuatu yang berlaku yang kita suka ataupun sebaliknya. Redha dan berlapang dadalah :-)
Tazkirah untuk hati kita pada hari ini:
"aku menangis kerana tidak berkasut sehinggalah aku bertemu insan yang tidak berkaki..."
Usah kamu dongakkan di atas, tundukklah ke bawah, nescaya kamu akan merasai ada orang yang lebih susah darimu.
May Allah have mercy on us. Aminn Ya-Rahimm :-)
Monday, 2 January 2012
2012 New Year's
Goodbye 2011 welcome 2012. Tutup buku lama, buka buku baru. Bila masuk tahun baru, semua orang akan buat azam baru dan semangat baru. Azam ialah sesuatu yang kita merancang dan berniat untuk melaksakannya dengan bersungguh-sungguh. Kalau boleh, jangan azam masa tahun baru je. Azamlah pada setiap hari. Azam ni, tak payah banyak-banyak pun tak pe, yang penting kita yakin kita mampu dan boleh melaksakannya dengan succeed. Untuk menjayakan sesuatu perkara, tak kiralah apa-apa pun, mestilah kena iringi dengan berusaha, doa dan tawakal pada Allah. Kita hanya merancang, Allah yang menentukan. Jadi, time nak buat azam tu. berdoalah semoga Allah berkati azam kita dan membantu kita dalam melaksakan azam-azam kita tu. Oke? InsyaAllah :-) Jangan ulangi kekhilafan kita yang dulu-dulu. cubalah membuat kebaikan yang baru. Semoga pada tahun ini, iman/ ibadah/ rezeqi/ ilmu/ sabar kita semua bertambah, dan sama-samalah berazam untuk menjadi hamba Allah yang soleh dan solehah dan ummat yang istiqamah mengamalkan sunnah Nabi s.a.w insyaAllah :-) Yang baik-baik itu datangnya dari Allah dan yang salah dan khilaf itu datangnya dari kelemahan diri saya sendiri. Happy new year's you all's!! Dear 2012, please be beautiful and handsome for us oke :-)
Abu Hurairah r.a berkata,
"Setiap kali datangnya tahun baru, membuat aku risau dan resah kerana semakin singkat umurku, semakin dekatnya ajalku, semakin tipisnya waktu pengampunan Allah terhadapku, dan semakin dekatnya hari perhitunganku" Barakallahu fiq.
Abu Hurairah r.a berkata,
"Setiap kali datangnya tahun baru, membuat aku risau dan resah kerana semakin singkat umurku, semakin dekatnya ajalku, semakin tipisnya waktu pengampunan Allah terhadapku, dan semakin dekatnya hari perhitunganku" Barakallahu fiq.
Thursday, 29 December 2011
#part1
Pengalaman yang paling best tahun 2011. Macam-macam benda baru dapat belajar. Pijak kaki di PJS, memang tak de siapa yang aku kenal (Ila Uztzh. Ain) Everything is awkward tapi syukur Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.
Min Ustazah:
"Kalau kamu mengajar nanti, macam mana perangai anak murid kamu dalam kelas macam tu lah perangai kamu dalam kelas dulu-dulu. Baik dia, baiklah kamu dan begitulah sebaliknya" [deep]

Pelajar tahap 1 kecil [cute, ok] diaorang tengah tulis nama-nama dan pekerjaan 10 malaikat. Kalau tulis jawi, dapat markah extra.
Ya-Allah, hati ni rindu pada mereka. Berkatilah hidup mereka. Bukakanlah pintu ilmu kepada mereka. Berkatilah ilmu mereka dan berilah kekuatan untuk mereka mengamalkannya dan menyampaikannya. Jadikanlah mereka di kalangan orang-orang yang berjaya di dunia dan akhirat. Aminn Ya-Allah Ya-Rahim.
Subscribe to:
Posts (Atom)




